Oleh kerana blog sy ini syok sendiri which mean yang sy ada 3 follower ja haha tu pun diorang sangat malas buka blog, buat blog pun sbb esaimen dan sy pasti lps hbs study blog diorg ni akan bekulat. Jadi tiap kali lps sy buat post baru, yg jd mangsa sy suruh tgk blog sy ialah kawan saya iaitu Siti Nurul Ain Che Amat. Beliau dilahirkan pada bulan Mac 1991 dan berasal dari Kelantan. Beliau mengalami kesukaran bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Perkara ini selalu menjadi penghalang dalam kehidupan beliau sebagai pelajar. Beliau juga selalu dihujani dengan kritikan daripada rakan2 beliau kerana beliau memang tidak boleh berbahasa Melayu baku. Beliau juga mudah luga (bermaksud mudah loya, x boleh masuk makanan sembarang nanti nak muntah ntah apa2). Beliau juga mudah panik hahaha. Walau bagaimanapun, Siti Nurul Ain seorang makhluk yg sgt baik dan sy bersyukur dapat mengenali beliau. Beliau seorang yg pandai memasak. Cakaplah apa saja memang dia boleh buat. Setiap kali beliau balik kampung, pastinya ada sahaja makanan yang akan dibawa beliau. Sy tidak akan melupakan jasa Nurul Ain kerana sudah beberapa kali membawa Kek Batik yg dibuat sendiri oleh beliau di rumah. Salah satu pantang beliau ialah pakaian beliau. Jangan sesekali main dengan baju2 beliau. Pernah sekali sy dan kawan2 pg main baju dia. Baju dia tu masih basah dan kami pg sidai di ampaian dan dekatkan dengan baju2 lain (in a mean way) dan beliau memang marah dan menjadi serius. Sejak kejadian itu, kami kurang bergurau dengan baju2 beliau. Beliau menggunakan sabun TOP dan DYNAMO untuk semester ini. Kalau dulu, beliau menggunakan sabun DAIA dan BOOM. Entah kenapa beliau suka bertukar2. Jangan nanti balik2 tukar laki sudah. Beliau juga pasti akan menggunakan pelembut kain seperti SOFTLAN atau DOWNY. Tujuan saya menulis ini bukanlah apa, tp beliau merajuk kerana post sy sblm ni yg pasal walk down memory lane tu kurang gambar beliau (katanya). Jadi post ini sy tujukan khas untuk beliau tapi sy sendiri belum mahir dalam dunia blog. Macamana mau tag beliau? Hehhhh nanti sy google...(kalau rajin).
Jom kita lihat gambar2 Siti Nurul Ain Che Amat.
OK SAMBUNG BESOK. BYEEEEEEEEEEEEE
No comments:
Post a Comment