Thursday, December 18, 2014

BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia - Kalimat Terakhir / Komen Tutor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa saja yang sudi membaca post sy pada kali ini. Post ini juga merupakan salah satu tugasan BBM 3410. Kalau pembaca sekalian perasan, post2 dalam blog ini banyak berkaitan tugasan untuk BBM 3410. Selama sy ambil kelas dr. Normaliza, tidak pernah lagi ada kerja yang memerlukan kami merujuk buku. Menurut beliau, apabila kita belajar dan praktikkan perkara tersebut, maka lebih mudahlah kita akan mengingat semua yang dipelajari. Memang betul apa yang dikatakan beliau.

Banyak kenangan yang tercipta sepanjang berada di UPM. Salah satunya ialah sejarah mengambil kelas Dr. Normaliza sendiri. Kami dari awal lagi memang nak masuk kelas Dr. Normaliza sebab sebelum itu, beliau sudah pernah mengajar kami untuk subjek Penterjemahan Berbantukan Komputer (subjek minor penterjemahan). Walau bagaimanapun, kelas Bahasa Dalam Multimedia pada waktu itu hanya membuka kuota untuk 20 pelajar sahaja. Sebenarnya, kuota tersebut pun hanya untuk pelajar yang mengambil minor sastera namun kami telah terdaftar dan tak boleh drop (haha tak boleh la sangat). Sy masih ingat lagi adala pelajar yang mempersoalkan kenapa kami ambil kelas ni, kami bukan minor sastera pun (sebab kononnya kelas tu hanya dibuka untuk pelajar minor sastera, xde pun esmp tulis "untuk pengkhususan minor sastera" korok la). Hoi lantak sy la mau ambil kelas mana! Sy pun bayar yuran ok! You lambat daftar masalah you kenapa nak salahkan org lain kan haha. Pastu bila sy dan kawan2 dah masuk kelas tu, dr. Normaliza nak tetapkan masa untuk kelas tutorial pula, Nampaknya org yg sama ada masalah juga. Tapi semua perkara akan ada penyelesaian juga. Sy sudah maafkan dia dan sy sudah let go haha.

Ok berbalik kepada subjek BBM 3410, pensyarahnya ialah Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim. Beliau seorang yang sangat cool, relax, dan santai. Cara beliau mengajar juga agak menarik kerana beliau suka mengaitkan sesuatu pelajaran dengan pengalaman beliau dan cerita benar yang boleh dijadikan iktibar atau dicontohi. 

Tugasan-tugasan yang diberikan memberikan kami sedikit sebanyak ilmu yang tidak kami jangka akan kami pelajari seperti angles untuk shooting, photoshop, menyunting video, menggunakan laman sosial untuk pembelajaran, Sebelum ni kalau ambil gambar main tangkap ja tapi rupanya setiap shot yang kita ambil tu ada nama seperti mugshot, longshot, middle shot. Kalau untuk video pula ada teknik-teknik Over the shoulder, Overhead, over the head, face to face, low angle, high angle, eye level, track, pan, tilt, dolly dan sebagainya.

Untuk kelas tutorial pula, terima kasih diucapkan kepada Encik Ehsan, Encik Nik dan Cik Ika kerana tunjuk ajar mereka. Oleh kerana Dr. Normaliza suruh komen pasal kelas tutorial ni, sy akan berikan pendapat yang ikhlas. Sejujurnya, lebih baik jika tenaga pengajar mendalami ilmu yang akan diajar. Kadang-kadang, jawapan yg diberikan untuk persoalan kami tidak detail dan jelas. Apa yg boleh sy katakan, kami lebih banyak belajar sendiri dalam kelas tersebut. Contohnya projek Kalendar Photoshop, sebenanrnya ramai pelajar yang tidak tahu menggunakan Photoshop. Sepatutnya, tutor banyak memberikan ilmu tentang Photoshop ini. Nasib baiklah ada YouTube, bolehlah kami belajar dari video-video yang terdapat di laman tersebut. Satu lagi contoh memang agak mengecewakan ialah video stop motion. Sepatutnya tutor yang harus mengajar pelajar bukannya menyuruh pelajar yang baru belajar mengajar pelajar yang memang tidak tahu apa2. Untuk stop motion, gambar tersebut sepatutnya perlulah ditetapkan duration yg sangat pendek. Namun perkara ini tidak diajar oleh tutor. Hasilnya, video stop motion yang dibuat dengan duration yang panjang untuk setiap gambar menjadi seperti Slide Show Presentation pula. Kesimpulannya, tutor mestilah mempunyai ilmu yang dalam sebelum mengajar pelajar-pelajar yang baru belajar. 

Dari aspek nilai murni, apa yang boleh sy simpulkan mengenai tugasan-tugasan yang diberikan dalam kelas in ialah ia melatih kami untuk mengawal emosi ketika bekerja dengan ramai orang haha. Satu lagi mengajar kami bersabar kerana manusia memang banyak ragamnya (termasuklah sy sndri). Memanglah selalu ada tidak puas hati, pertengkaran, percanggahan pendapat, tinggi suara, dan sebagainya dalam menyiapkan semua tugasan2 subjek ini. Tidak kurang juga yang komplen banyak contohnya "panaslah, bila nak siap?" , "Lama lg ke?", "Tak cukup shot lg ke?", "Sudah la, aku penat", "cepatlah, aku ngantuk". Emmm bg sy bila kita kerja ramai2 elakkanlah komplen2 sebegini sebab semua org pun penat, ngantuk, panas dan penat kan hahaha. Jangan marah ahli2 jika baca ni hihi. Sebab kalaulah seseorang tu tiada kesabaran, mungkin sebiji dua pelempang sudah singgah di pipi anda. Kalau bukan pelempang pun, mungkin kemarahan yang disalurkan melalui percakapan dengan nada yang tinggi. Ingat ya para pembaca (perasan ada pembaca), bila buat kerja beramai2, bekerjasamalah betul2. Jangan hanya tahu tanya bila nak siap. Jangan hanya salahkan seseorang bila kerja x siap on time. Tanyalah diri sendiri apa yang sudah disumbangkan untuk tugasan itu.  Walau apa pun, geng2 produksi arjuna, kerjasama yang diberikan agak baik.  

Akhir sekali, perjalanan sy sepanjang mengambil kelas ini agak bercampur baur. Namun kelas ini telah memberikan sy pengalaman yang sangat baru, yg sy x sangka sy akan buat dan telah mencungkil sedikit bakat2 terpendam yg ada dalam diri pelajar2. Terima Kasih Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim. Terima kasih banyak2 untuk segala ilmu yang diberikan. Semoga Allah merahmati Dr. dan keluarga. Terima kasih juga kepada kawan2 semua especially geng2 adik lalai!!! Girls cheersssssssssssss!!!!!!!









Ahli2 Kumpulan/Produksi Arjuna.
Dari kiri, Fizah, Bedah, Ezzati, Ati, Kakna




Selamat Tinggal UPM, KAWAN2 DAN SEMUA YANG PERNAH MENCIPTA KENANGAN BERSAMA SY. TERIMA KASIHHHHH. SAYONARA.....


BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia - Video Dokumentari

Hai kawan2. Selamat datang ke blog saya dan terima kasih jika anda sedang membaca ini pada saat ini. Agak berat hati saya untuk berkata-kata kerana pada hari ini semua post sy akan berkaitan dengan berakhirnya kehidupan sy sebagai seorang pelajar degree. Oh sungguh sedih. Video seterusnya yang akan anda tonton juga merupakan video terakhir untuk tugasan subjek BBM 3410. How time flies. Macam baru semalam sy rasa buat video pesta muda mudi (masih memalukan hingga ke hari ini. Sy x pernah tgk pun video tu sampai habis sejak siap disedit ewwwwwwwwww). Okey lah, post sy hari ini ialah video dokumentari. Untuk  video ini, kumpulan kami telah menemu bual 4 pelajar asing untuk mengetahui serba sedikit mengenai budaya di negara mereka. Enjoy!






Kami minta maaf sebab video ni tidak jelas audio. Tapi kalau pakai earfon dapat dengar. Okeylah, lepas ni sudah tiada video lagi dari kami. Di sinilah berakhirnya perjalanan Produksi Arjuna. Terima kasih kepada semua yang sudi menonton video kami dan sudi memberi komen positif dan negatif. Sudah tentulah bukan semua orang akan suka dengan apa yang kita buat. Sudah tentulah ada yang akan kondem habis2an dan tidak kurang juga pujian yang agak memberi semangat kepada kami untuk buat lebih baik. Inilah yang akan menjadi pengajaran buat kami. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim atas tunjuk ajar beliau sepanjang mengajar subjek BBM 3410. 


TERIMA KASIH SEMUA!!!

Sunday, December 14, 2014

BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia Video Stop Motion

Hai kawan2. Post kali ini adalah tentang Video Stop Motion. Mau tahu satu perkara? Pembuatan video stop motion merupakan perkara yang paling leceh dalam banyak2 video yg dibuat untuk subjek ini. SANGAT LECEH. Kalau disuruh buat skali lagi sy plan dgn kawan2 xmau buat haha.Ini kerana video ini memerlukan mengambil gambar yang banyak dan tidak boleh terlepas satu step pun. Oh my! Bila terlepas, tahanlah mulut anda daripada menyebut sumpah seranah. Okey, untuk video stop motion, sy pilih lagu Kantoi oleh Zee Avi. Antara sbb sy plh lagu ni ialah tempoh lagu yg agak pendek (hanya 1 minit 45 saat). Pendek kan tempoh lagu ini? Walaupun pendek, sy menggunakan 300 lebih keping gambar!!!!!!!! Mula2 sy nak buat lagu Happy Birthday jer tp sy batalkan niat tersebut. Inilah dia video stop motion sy. Please save ur negative comments (mcm lah ada org nak tgk pun, apatah lg komen). Bear in mind that this is done by an amateur (not even an amateur, a student who really desperate to do this to get marks haha). Hehe. I really wanted to do like the one on the YouTube but I just can't. So here it is.






ENJOY GUYSSSSSSSS. ADIOSSSSSSS.

BBM 3410 Video 10 Kuih Tradisional Melayu

Assalamualaikum kawan-kawan. Sudah lama tidak update blog. Ceh mcmla ada org kisah. Follower pun brapa org jerrr. Sebenarnya skrg ni pun malas mau buat tp aku gagahi juga sbb Dr. Normaliza suruh update (letak video2 yg pernah dibuat. So, video yang akan sy update kali ini ialah video memasak 10 kuih tradisional (tradisional la sangat) hehhh. Kalau dari pengetahuan sy sndri, memang ada juga kuih yang kami buat bukan tradisional sangat. Tapi rembat sj sbb kuih tradisional yg kami tahu pun mmg susah dibuat (menurut tukang masak kami iaitu Cik Siti Nur Raihana aka Anna Mohd). Masak memasak dalam video kami ini memang kami buat sendiri, takde ambil dari mana2 sumber lain seperti pasar malam, mak nenek makcik jiran ke buat, TAKDERRR. Ini semua hasil kumpulan kami sendiri. Tukang masak terdiri daripada barisan chef berpengalaman dalam bidang kulinari iaitu Cik Siti Nur Raihana dan Cik Che Zubaidah. Pembantu pula terdiri daripada Cik Nik Nurhafizah dan Cik Nurul Aktieyma manakala saya, Nur Ezzati bertugas sebagai jurukamera pada hari kejadian.

Kami amat bernasib baik dan bersyukur kerana kami mempunyai tempat untuk menjalankan tugasan memasak ini. Kami telah ke rumah sepupu saya iaitu Puan Mazlinah Lakim dan suami beliau, Encik Shukry Taib untuk meminjam dapur rumah beliau. Kerja kami menjadi senang kerana terdapatnya kemudahan (feels like working at home la konon) dan tdk perlu masak mgunakan rice cooker dan berulang alik ke jamban (kalau masak d bilik kolej tiada sinki dlm bilik dan tiada dapur gas, semuanya guna rice cooker). Walau bagaimanapun, kami hanya sempat menyiapkan 7 jenis juadah kuih tradisional. Selebihnya terpaksalah kami siapkan di bilik kolej (bilik Kak Anna telah menjadi mangsa iaitu bilik 336).

Antara juadah yang kami sediakan (dalam video) ialah :

roti sardin, butir nangka, lompat tikam, pengat pisang, pulut manis, sira pisang, ulat bulu, tauhu sumbat, dan jemput malas.

Adakah nama juadah2 di atas agak asing bagi anda? Hahaha. Jangan risau. Bukan anda seorang sahaja berasa sedemikian. Ini kerana juadah2 di atas (tolak roti sardin dan tauhu sumbat) merupakan juadah tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan (Harap2 x salah haha).

Ok, ayuh! Apa tunggu lagi. Tontonlah video memasak kami ini. Boleh cuba di rumah. Juadah2 yg kami buat masih di paras mudah hehe. Tidak menggunakan bahan2 yang sukar didapati.



Sudah tonton kan? Tunggu apa lagi???? Cepat bangun dan pergi ke dapur anda dan mulakan langkah anda mencuba kuih tradisional ini. Kuih2 ini selepas dibuat kami lahap. Bukan masuk bakul angkat sendiri tapi memang sedap tau. Saya beruntung mempunyai kawan org Kelantan yg pandai masak hahaha, OK kawan2 bye bye


Friday, November 28, 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (Video One Shot, Video One Shot 3 Layer, Video Fokus, Video Tragedi, Video Seram)

Assalamualaikum, pagi tadi Dr. Normaliza telah meminta pelajar beliau untuk memuat naik video-video tugasan subjek Bahasa dalam Multimedia. Inilah dia :




Video tugasan pertama iaitu video one shot. 
(urghhhh whyyyyyy did i did this? There are plenty of things we could have done!!! 
Waktu ni kami sedang khayal. Kami x tahu apa kami buat urghhhhhh)




Video tugasan kedua iaitu video one shot 3 layer. Di sinilah Aktieyma bersinar!!! 
You go girl!!!




Video untuk tugasan ketiga iaitu video fokus atau video tanpa wajah. 
Fokus kami di sini ialah kasut/selipar bukan kaki. Silap.




Video untuk tugasan keempat iaitu video tragedi. Video kami bertajuk PSIKO,





Video untuk tugasan kelima iaitu video seram. Tajuk video kami ialah cerita satu malam. 
Video kami mungkin merupakan video yang paling tidak seram antara semua kumpulan. 
Pelakon dalam video ini ialah Nik Nurhafizah Nik Mohd Rosdi
Bakat beliau perlu digilap sedikit lagi lepas tu Lisa Surihani akan kurang offer. 


Setakat ini, hanya video-video ini yang telah dimuat naik. Ada dua lagi video yang bakal menyusul. Nantikan. Kalau dua video tersebut sudah siap, saya akan muat naik di sini atau kemaskini.

Sebenarnya, ada beberapa lagi video lain untuk subjek BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia ini tapi video yang lain hanya ditayangkan di kelas dan tidak perlu dimuat naik. 

Ok bubye.





Thursday, November 27, 2014

Bagaimana nak letak lagu dalam blog?

Assalamualaikum kawan2. Post kali ini sy mau bgtau mcmana mau letak lagu dalam blog. Sy pun baru ja tau benda ni. Kawan2 sy selalu tanya mcmana mau buat ni so sy harap ini dapat membantu.


Langkah pertama buka Google dan taip SCM Player dan search la. Senang crta ni link dia :



Ok lepas dah klik tu Choose Skin dulu. Pilihlah skin mana yang kamu suka.

Lepas dah siap yg tu, tekan Next dan akan keluar camni :


Ok. Sekarang macamana nak dapat link2 di bahagian Song URL tu? Senang ja. Masuk YouTube dan taiplah apa2 lagu yang kamu suka x kirala berapa banyak. Lepas tu copy link lagu tu dan paste di bahagian Song URL macam di atas dan kalau malas taip tajuk lagu copy ja dr YouTube. Ok, bila dah siap, tekan Next lagi dan akan keluar macam ni:


Ok di sini adjust la ikut your preference. Kalau mau lagu tu automatik main bila org buka blog kamu, klik la auto play, kalau mau lagu play secara rawak, kliklah shuffle playback dan begitulah seterusnya. Takkan semua sy mau ajar! Ok lepas tu tekan Done dan akan keluar macam ni pula :


Nampak kan benda2 di atas yg perkataan2 yang banyak tu (benda itu ialah HTML). Ok sekarang copy HTML tu seperti yg sudah sy buat di atas. Lepas tu, masuk dashboard blogger dan akan keluar macam ni dan tekan Layout.




atau kemungkinan keluar cm kat bawah ni. whatever lah asalkan uols tekan Layout je.



Ok, lepas dah tekan Layout, akan keluar macam ni :


Pglah tekan mana2 yg bertulis Add a Gadget, Kalau uols tekan kat bawah maka player music uols nanti akan terletak di bawah, kalau kat atas maka ia akan terletak di atas. Macam tu lah. Jangan keliru, yg XOXO kat atas tu sy punya player lah. Dah ubah nama. Bila dah tekan add a gadget akan keluar cmni pula :



Klik HTML/Java Script seperti di atas dan keluar pula macam ni :


Ok keluar camni (Ni sudah paste HTML tau, kalau x paste lg kotak tu masih kosong). Letaklah uols nak title apa dan tekan save. View blog uols dan akan pastinya akan ada benda ni :


Ok dah siap. Sy bgtau dengan detail lg. Selamat mencuba!!!













Wednesday, November 26, 2014

My Friend Nurul Ain Che Amat

Oleh kerana blog sy ini syok sendiri which mean yang sy ada 3 follower ja haha tu pun diorang sangat malas buka blog, buat blog pun sbb esaimen dan sy pasti lps hbs study blog diorg ni akan bekulat. Jadi tiap kali lps sy buat post baru, yg jd mangsa sy suruh tgk blog sy ialah kawan saya iaitu Siti Nurul Ain Che Amat. Beliau dilahirkan pada bulan Mac 1991 dan berasal dari Kelantan. Beliau mengalami kesukaran bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Perkara ini selalu menjadi penghalang dalam kehidupan beliau sebagai pelajar. Beliau juga selalu dihujani dengan kritikan daripada rakan2 beliau kerana beliau memang tidak boleh berbahasa Melayu baku. Beliau juga mudah luga (bermaksud mudah loya, x boleh masuk makanan sembarang nanti nak muntah ntah apa2). Beliau juga mudah panik hahaha. Walau bagaimanapun, Siti Nurul Ain seorang makhluk yg sgt baik dan sy bersyukur dapat mengenali beliau. Beliau seorang yg pandai memasak. Cakaplah apa saja memang dia boleh buat. Setiap kali beliau balik kampung, pastinya ada sahaja makanan yang akan dibawa beliau. Sy tidak akan melupakan jasa Nurul Ain kerana sudah beberapa kali membawa Kek Batik yg dibuat sendiri oleh beliau di rumah. Salah satu pantang beliau ialah pakaian beliau. Jangan sesekali main dengan baju2 beliau. Pernah sekali sy dan kawan2 pg main baju dia. Baju dia tu masih basah dan kami pg sidai di ampaian dan dekatkan dengan baju2 lain (in a mean way) dan beliau memang marah dan menjadi serius. Sejak kejadian itu, kami kurang bergurau dengan baju2 beliau. Beliau menggunakan sabun TOP dan DYNAMO untuk semester ini. Kalau dulu, beliau menggunakan sabun DAIA dan BOOM. Entah kenapa beliau suka bertukar2. Jangan nanti balik2 tukar laki sudah. Beliau juga pasti akan menggunakan pelembut kain seperti SOFTLAN atau DOWNY. Tujuan saya menulis ini bukanlah apa, tp beliau merajuk kerana post sy sblm ni yg pasal walk down memory lane tu kurang gambar beliau (katanya). Jadi post ini sy tujukan khas untuk beliau tapi sy sendiri belum mahir dalam dunia blog. Macamana mau tag beliau? Hehhhh nanti sy google...(kalau rajin).
Jom kita lihat gambar2 Siti Nurul Ain Che Amat.













OK SAMBUNG BESOK. BYEEEEEEEEEEEEE

 

Template by BloggerCandy.com