BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia - Video Dokumentari
Hai kawan2. Selamat datang ke blog saya dan terima kasih jika anda sedang membaca ini pada saat ini. Agak berat hati saya untuk berkata-kata kerana pada hari ini semua post sy akan berkaitan dengan berakhirnya kehidupan sy sebagai seorang pelajar degree. Oh sungguh sedih. Video seterusnya yang akan anda tonton juga merupakan video terakhir untuk tugasan subjek BBM 3410. How time flies. Macam baru semalam sy rasa buat video pesta muda mudi (masih memalukan hingga ke hari ini. Sy x pernah tgk pun video tu sampai habis sejak siap disedit ewwwwwwwwww). Okey lah, post sy hari ini ialah video dokumentari. Untuk video ini, kumpulan kami telah menemu bual 4 pelajar asing untuk mengetahui serba sedikit mengenai budaya di negara mereka. Enjoy!
Kami minta maaf sebab video ni tidak jelas audio. Tapi kalau pakai earfon dapat dengar. Okeylah, lepas ni sudah tiada video lagi dari kami. Di sinilah berakhirnya perjalanan Produksi Arjuna. Terima kasih kepada semua yang sudi menonton video kami dan sudi memberi komen positif dan negatif. Sudah tentulah bukan semua orang akan suka dengan apa yang kita buat. Sudah tentulah ada yang akan kondem habis2an dan tidak kurang juga pujian yang agak memberi semangat kepada kami untuk buat lebih baik. Inilah yang akan menjadi pengajaran buat kami. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim atas tunjuk ajar beliau sepanjang mengajar subjek BBM 3410.
No comments:
Post a Comment