Kami amat bernasib baik dan bersyukur kerana kami mempunyai tempat untuk menjalankan tugasan memasak ini. Kami telah ke rumah sepupu saya iaitu Puan Mazlinah Lakim dan suami beliau, Encik Shukry Taib untuk meminjam dapur rumah beliau. Kerja kami menjadi senang kerana terdapatnya kemudahan (feels like working at home la konon) dan tdk perlu masak mgunakan rice cooker dan berulang alik ke jamban (kalau masak d bilik kolej tiada sinki dlm bilik dan tiada dapur gas, semuanya guna rice cooker). Walau bagaimanapun, kami hanya sempat menyiapkan 7 jenis juadah kuih tradisional. Selebihnya terpaksalah kami siapkan di bilik kolej (bilik Kak Anna telah menjadi mangsa iaitu bilik 336).
Antara juadah yang kami sediakan (dalam video) ialah :
roti sardin, butir nangka, lompat tikam, pengat pisang, pulut manis, sira pisang, ulat bulu, tauhu sumbat, dan jemput malas.
Adakah nama juadah2 di atas agak asing bagi anda? Hahaha. Jangan risau. Bukan anda seorang sahaja berasa sedemikian. Ini kerana juadah2 di atas (tolak roti sardin dan tauhu sumbat) merupakan juadah tradisional negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan (Harap2 x salah haha).
Ok, ayuh! Apa tunggu lagi. Tontonlah video memasak kami ini. Boleh cuba di rumah. Juadah2 yg kami buat masih di paras mudah hehe. Tidak menggunakan bahan2 yang sukar didapati.
Sudah tonton kan? Tunggu apa lagi???? Cepat bangun dan pergi ke dapur anda dan mulakan langkah anda mencuba kuih tradisional ini. Kuih2 ini selepas dibuat kami lahap. Bukan masuk bakul angkat sendiri tapi memang sedap tau. Saya beruntung mempunyai kawan org Kelantan yg pandai masak hahaha, OK kawan2 bye bye

No comments:
Post a Comment